ANGGUN dan tampil bergaya.
ANGGUN dan tampil bergaya.
SETIAP rekaan busana dihasilkan dalam kuantiti terhad bagi menjamin nilai eksklusif.
SETIAP rekaan busana dihasilkan dalam kuantiti terhad bagi menjamin nilai eksklusif.
Siti Nadirah Hafidzin

Bukan mudah untuk mendapatkan pilihan busana bagi ibu dan anak di bawah satu bumbung yang me­nyediakan semua keperluan lengkap.

Berusaha membantu wanita penggemar fesyen yang bukan saja mahu tampil cantik malah pada masa sama dapat membeli busana rekaan khas untuk yang tersayang terutama buat si kecil menjadikan jenama fesyen tempatan Casalwa berusaha merealisasikan impian itu.

Bermula daripada jubah, gaun labuh, baju kurung pelbagai rekaan termasuk kurung mini, blaus dan pilihan baju kanak-kanak, semuanya direka khas bagi memastikan si pemakai tampil anggun ketika menggayakannya.

Pengasasnya, Datin Sharifah Salwa Syed Shafie berkata, semua koleksi Casalwa yang beroperasi di Pusat Perniagaan D’Vida, Bukit Jelutong, Shah Alam itu direka terhad bagi menjamin nilai eksklusif dalam setiap rekaannya.

“Koleksi kami terhad dalam kuantiti lima pasang bagi setiap warna bagi memastikan tiada insiden beberapa orang memakai busana yang sama terutama ketika menghadiri sesuatu majlis.

“Saya sendiri yang membuat rekaan dan mencari idea kerana saya mahukan semua koleksi di sini eksklusif dan tidak sama dengan jenama lain,” katanya.

Menurut Sharifah Salwa, pihaknya juga menggunakan fabrik berkualiti tinggi yang diimport khas dari Korea, Vietnam, Thailand dan Indonesia.

“Kami banyak menggunakan fabrik seperti kapas terutama untuk koleksi kanak-kanak selain sutera, sifon dan spandex yang bersesuaian dengan cuaca di Malaysia.

“Kami juga menyasarkan wanita yang mementingkan aspek keselesaan dan kualiti namun saya yakin koleksi kami sesuai untuk pelbagai golongan usia bermula daripada kanak-kanak hingga dewasa,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 January 2017 @ 5:03 AM