SITI Aliaa Izaaty berkongsi idea bersama Muslimah untuk dapatkan penampilan menarik.
SITI Aliaa Izaaty berkongsi idea bersama Muslimah untuk dapatkan penampilan menarik.
ELEMEN perincian ditambah pada selendang untuk tampil menarik pada hari lebaran.
ELEMEN perincian ditambah pada selendang untuk tampil menarik pada hari lebaran.
TAMPAK senada apabila menggayakan selendang dan skirt kembang yang beralun.
TAMPAK senada apabila menggayakan selendang dan skirt kembang yang beralun.
LEBIH selesa digayakan kerana skirt labuh yang direka menggunakan fabrik nipis dan sejuk.
LEBIH selesa digayakan kerana skirt labuh yang direka menggunakan fabrik nipis dan sejuk.
Oleh Hajahfarhana Tarmudi


Bermula dengan perniagaan secara dalam talian pada awal 2014, Bonafide Scarf hanya memberi fokus kepada keistimewaan koleksi selendang dan skirt.

Pemilik Bonafide Malaysia, Siti Alia Izaaty Mohd Ramlel berkata, kebanyakan rekaan asas yang ditampilkan itu menekankan tema ringkas tetapi elegan.

“Idea rekaan skirt dan selendang itu tercetus berdasarkan pengalaman sendiri yang sukar mencari gaya digemari iaitu ringkas, minimal tetapi masih menonjolkan penampilan elegan.

“Tidak dinafikan saya lebih selesa mengenakan skirt terutama potongan yang kembang, material ringan, beralun, nipis dan sejuk, sesuai digayakan sepanjang hari di negara ini yang memiliki cuaca tidak menentu.

“Namun agak sukar untuk mendapatkan saiz yang sesuai dengan bentuk badan dalam menjaga kesopanan sebagai Muslimah,” katanya.

Ujarnya, tidak mustahil ada Muslimah lain yang turut berdepan situasi sama. Justeru, dia tidak keberatan untuk berkongsi idea dan rekaan yang dihasilkan sendiri bagi menggalakkan Muslimah menjaga penampilan yang sopan, selesa dan memenuhi cita rasa diinginkan.

Bagi memberikan sedikit kelainan pada rekaannya, dia menambah elemen perincian seperti manik dan batu swarovski yang juga sesuai digayakan pada hari lebaran yang akan disambut tidak lama lagi.

Setiap koleksi yang ditampilkan banyak bermain dengan fabrik dan warna menarik untuk memberi lebih pilihan kepada Muslimah. Antara fabrik yang menjadi keutamaan butik itu ialah satin suram yang mempunyai ciri berkilau, namun boleh digayakan pada waktu siang atau malam.

Walaupun satin suram yang digunakan bagi menghasilkan selendang itu mempunyai ciri fabrik yang nipis, ia tidak jarang jika kita bijak memilih kualiti yang baik dan warna sesuai.

Selain itu, ada juga selendang yang menggunakan fabrik sifon crepe, sifon dan sifon bercetak yang ditampilkan mengikut musim tertentu. Untuk selendang satin suram, terdapat 43 warna yang ditampilkan bagi memberi pilihan menarik kepada pengguna.

Bukan hanya selendang, malah skirt yang ditampilkan juga menggunakan satin suram kerana ia memberikan alunan yang diinginkan untuk penampilan lebih feminin.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Jun 2015 @ 5:04 AM