PELANGGAN bertuah bakal membawa pulang hadiah utama iaitu baucar membeli-belah  RM5,000 menerusi kempen The Great Giveaway sehingga 4 April ini.
PELANGGAN bertuah bakal membawa pulang hadiah utama iaitu baucar membeli-belah RM5,000 menerusi kempen The Great Giveaway sehingga 4 April ini.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


PENGUNJUNG Suria KLCC yang berbelanja sekurang-kurangnya RM150 dalam satu resit di mana-mana kedai khas di pusat beli-belah itu akan menerima ganjaran sempena kempen 'The Great Giveaway'.

Kempen yang diadakan sehingga 4 April itu memberi peluang setiap hari kepada pelanggan bertuah untuk membawa pulang hadiah utama iaitu baucar membeli-belah bernilai RM5,000.

Manakala dua lagi pelanggan akan menerima hadiah menarik bernilai RM2,500 setiap hari dari jenama Versace La Mer, Dyson, Tissot, Mont Blanc, Royal Selangor, Machines, Bulgari dan Bose Store oleh Flash Gadgets.

Untuk memeriahkan lagi kempen itu, Suria KLCC akan memperkenalkan mesin angkup layan diri tanpa sentuh (Contactless Claw Vending Machine) yang pertama di Malaysia.

Mesin itu mempunyai keunikan teknologi di mana pelanggan hanya perlu menggunakan telefon pintar mereka untuk mengemudi tanpa menyentuh mesin itu secara fizikal.

Tanpa perlu sentuhan fizikal, pelanggan berupaya mengawal dan mengemudi angkup itu dalam jarak dua meter hanya dengan mengimbas kod QR untuk memperoleh akses alat kawalan maya melalui telefon pintar masing-masing.

Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Andrew Brien berkata, kandungan sfera yang berjaya diangkup menjadi penentu pemenang bertuah baucar membeli-belah Suria KLCC bernilai RM5,000 atau hadiah menarik lain bernilai sehingga RM2,500.

"Pengenalan mesin itu adalah sejajar dengan inisiatif Suria KLCC untuk menyediakan kemudahan, keselamatan dan pengalaman lancar serta selesa kepada pelanggan," katanya.

Sementara itu, di Terengganu pula, Mesra Mall akan mengadakan kempen ganjaran menarik untuk pelanggan sehingga 10 April ini melalui kempen 'You Spend, We Reward' (Anda Berbelanja, Kami Beri Ganjaran).

Brien berkata, pihaknya teruja untuk melancarkan kempen itu di mana pembeli akan menerima ganjaran pelbagai hadiah menarik untuk menjadikan pengalaman membeli-belah mereka lebih mengujakan.

"Ia juga akan menjadi landasan terbaik sempena ketibaan Hari Raya Aidilfitri," katanya.

Hanya dengan berbelanja RM200 atau lebih dalam dua resit di mana-mana kedai khas di pusat beli-belah itu, pelanggan boleh menebus set eksklusif dari The Body Shop sementara stok masih ada.

Mereka juga secara automatik layak untuk mencuba Cabutan Bertuah Mingguan. Selain itu, 10 pelanggan pertama yang menebus ganjaran setiap Ahad dan Isnin akan menerima baucar tunai Nando's bernilai RM30.

Untuk setiap Cabutan Bertuah Mingguan pula, pembeli akan membuat cabutan untuk menentukan baucar tunai yang dimenangi samada daripada Pierre Cardin, Rasa Sayang atau Siti Khadijah yang bernilai RM1,000.

Cabutan mingguan akan diadakan pada jam 3 petang, esok (28 Mac), 4 April dan 11 April ini di Centre Court, pusat beli-belah berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Mac 2021 @ 6:35 AM