Ketua Pegawai Pemasaran, Lazada Malaysia, Andrew Gnananantham pada pelancaran ulang tahun ketujuh Lazada. FOTO Khairul Azhar Ahmad
Ketua Pegawai Pemasaran, Lazada Malaysia, Andrew Gnananantham pada pelancaran ulang tahun ketujuh Lazada. FOTO Khairul Azhar Ahmad
Sofyan Rizal Ishak


LAZADA platform beli-belah dalam talian bakal menganjurkan kempen jualan bersempena sambutan ulang tahun ketujuhnya bermula 21 Mac hingga 27 Mac lalu yang menawarkan pelbagai tawaran dan diskaun menarik.

Ketua Pegawai Pemasaran Lazada Malaysia, Andrew Gnananantham berkata, kempen itu akan disertai lebih 70,000 penjual iaitu jumlah penjual yang sama seperti acara jualan 11.11 pada tahun lalu.

"Melalui kempen ini, kami menawarkan pelbagai tawaran dan ganjaran menarik melalui aplikasi Lazada yang mampu untuk memenuhi keperluan gaya hidup dan perniagaan anda di bawah satu tempat,” katanya pada media selepas pelancaran ulang tahun ketujuh Lazada di Kuala Lumpur, hari ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia, Leo Chow.

Beliau berkata, pihaknya percaya kempen itu akan mendapat maklum balas baik daripada rakyat di negara ini berikutan jangkaan trend positif dalam kalangan pengguna platformnya pada tahun ini.

Menurutnya, pihak syarikat mendapati pelanggan baharu yang menyertai platform itu membeli-belah dengan lebih kerap iaitu sekurang-kurangnya setiap bulan berbanding hanya sekali dalam tempoh dua hingga tiga bulan pada tahun sebelumnya.

“Orang ramai kini membeli barangan perkakasan rumah, serta produk pakaian dan kecantikan dengan lebih kerap. Dengan seorang daripada tiga pengguna Malaysia menggunakan aplikasi Lazada, kami telah menjadi platform bagi tujuan keperluan harian, hiburan dan perniagaan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Mac 2019 @ 7:50 PM