GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Bernama-Dpa

Copenhagen: Finland bakal menyertai negara-negara Baltik mengenakan larangan masuk ke atas kenderaan dengan nombor pendaftaran Rusia, menurut kerajaan Finland pada Jumaat.

Sehingga tengah malam Sabtu, kenderaan yang didaftarkan di negara jiran itu dilarang memasuki Finland, lapor Agensi Berita dpa.

Sebelum ini, Estonia, Latvia dan Lithuania telah melarang kenderaan yang berdaftar di Rusia daripada melintasi sempadan.

Langkah itu diambil susulan pelaksanaan sekatan oleh Suruhanjaya Eropah (EU) sejak 8 September lalu, sebagai respons kepada pencerobohan Rusia ke atas Ukraine pada Februari 2022.

Di bawah sekatan itu, kenderaan yang didaftarkan di Rusia tidak lagi dibenarkan memasuki wilayah Kesatuan Eropah.

Finland ialah negara EU yang mempunyai sempadan yang paling panjang dengan Rusia.

Bagaimanapun, teradapat pengecualian, contohnya untuk warga EU dan diplomat yang tinggal secara tetap di Rusia.

Kenderaan yang didaftarkan di Rusia yang kini berada di Finland perlu keluar dari negara itu selewat-lewatnya pada 16 Mac 2024.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 September 2023 @ 4:26 PM