PIHAK berkuasa tempatan Scotland dikenali ‘Twinverclyde’ sedang membuat persiapan untuk untuk menerima pasangan kembar berkenaan. FOTO STV News
PIHAK berkuasa tempatan Scotland dikenali ‘Twinverclyde’ sedang membuat persiapan untuk untuk menerima pasangan kembar berkenaan. FOTO STV News
Agensi

Edinburgh: Sekolah di Inverclyde, Scotland, mengalu-alukan kedatangan murid Tahun Satu termasuk 17 pasangan kembar yang akan mendaftar masuk ke sekolah, pada Jumaat depan.

Portal Sky News melaporkan, pihak berkuasa tempatan Scotland sedang membuat persiapan untuk untuk menerima pasangan kembar berkenaan.

Difahamkan, jumlah kembar yang akan mendaftar masuk itu adalah kedua terbesar dalam rekod bagi sekolah rendah.

Terdahulu, 19 pasangan kembar mendaftar sekolah rendah di rantau ini pada 2015, dan jumlah itu adalah yang paling ramai setakat ini.

Jumaat depan, murid kelas tahun ini akan berkumpul di Sekolah Rendah St Patrick di Greenock, untuk latihan menjelang hari pertama persekolahan.

PASANGAN kembar, Sam (kiri) dan Aria. FOTO STV News
PASANGAN kembar, Sam (kiri) dan Aria. FOTO STV News

Sekolah Rendah St Patrick bersama-sama dengan Ardgowan Primary, adalah salah satu daripada dua sekolah di Inverclyde yang menerima paling banyak kembar, dengan tiga pasangan setiap satu menyertai kelas Tahun Satu.

Kelas tahun ini akan menjadikan kiraan berkembar Inverclyde kepada 147 set sejak 2013, dengan purata 13 set setiap tahun.

PASANGAN kembar,  Jo and Sara. FOTO STV News
PASANGAN kembar, Jo and Sara. FOTO STV News

"Sudah menjadi tradisi tahunan di Inverclyde, seperti yang kita kenali, untuk mengalukan-alukan anak kembar kita ke peringkat pertama (persekolahan).

"Keterujaan sudah pasti untuk permulaan penggal baharu minggu depan dan cara yang lebih baik untuk menantikannya daripada melihat murid di sini kelihatan bergaya dengan pakaian seragam mereka.

"Ia juga agak menyeronokkan untuk ibu bapa dan latihan pakaian sebelum hari sebenar pada Jumaat depan.

"Kami bertuah kerana mempunyai begitu banyak sekolah yang luar biasa di sini di Inverclyde dengan setiap satu diperbaharui termasuk Sekolah Rendah St Patrick yang dibina semula dan dibuka pada 2016.

"Bagaimanapun, sekolah tidak bermakna tanpa kanak-kanak, kakitangan dan keluarga dan sangat menggembirakan apabila melihat beberapa generasi akan datang datang ke sini," kata Penolong Guru Besar Sekolah Inverclyde, Graeme Brooks.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Ogos 2023 @ 11:48 AM