FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
AFP

Paris: Saintis sudah menggunakan sel stem untuk mencipta struktur yang menyerupai embrio manusia di makmal.

Kajian itu menyebabkan ada yang menyuarakan keperluan untuk peraturan ketat dan kawal selia dalam bidang sedang berkembang pesat itu.

Beberapa makmal berbeza di seluruh dunia mengeluarkan kajian yang belum diterbitkan dalam tempoh tujuh hari lalu untuk menerangkan penyelidikan mereka, yang menurut pakar harus dilayan dengan berhati-hati kerana penyelidikan itu belum lagi menjalani kajian semula setara.

Makmal menggunakan teknik berbeza untuk menggalakkan sel stem embrio manusia yang boleh menjadi apa-apa jenis sel untuk berhimpun sendiri menjadi struktur menyerupai embrio.

Proses itu tanpa memerlukan sperma, telur atau persenyawaan.

Matlamatnya adalah untuk saintis mendapat model yang boleh digunakan untuk mengkaji embrio manusia dengan cara yang tidak pernah mungkin dilakukan sebelum ini kerana kebimbangan etika.

Ia dengan harapan mendapat pandangan baharu mengenai punca kecacatan kelahiran, gangguan genetik, ketidaksuburan dan masalah lain semasa kehamilan.

Pengumuman pertama adalah Rabu lalu, apabila Magdalena Zernicka-Goetz dari Universiti Cambridge dan Institut Teknologi California mempersembahkan kerja pasukannya di mesyuarat tahunan Persatuan Penyelidikan Sel Stem Antarabangsa di Boston.

Pembentangannya pertama kali dilaporkan oleh akhbar The Guardian.

Khamis lalu, pasukan Jacob Hanna di Institut Sains Weizmann di Israel pula menerbitkan kajian yang belum diterbitkan yang memperincikan kerja mereka mengenai model embrio manusia berasaskan sel stem.

Makmal lain yang berpangkalan di China dan Amerika Syarikat mengikutinya, dengan mengeluarkan kajian dalam bidan sama - juga belum diterbitkan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Jun 2023 @ 2:14 PM