Dia melakukan aksi itu sambil memakai payung terjun ketika platform itu sentiasa berayun. FOTO Red Bull
Dia melakukan aksi itu sambil memakai payung terjun ketika platform itu sentiasa berayun. FOTO Red Bull
Agensi

London: Seorang lelaki di United Kingdom, baru-baru ini, menunjukkan kebolehannya menunggang basikal BMX di platform terapung pada ketinggian 610 meter (m) di udara.

Portal news.sky melaporkan, Kriss Kyle, 31, menyifatkan ia sebagai peluang sekali seumur hidup.

Penunggang dari Britain itu melengkapkan aksi pertama dunia, yang dipanggil Don't Look Down, apabila menunggang basikal BMX di atas platform dibuat khas yang digantung pada belon udara panas.

KRISS Kyle menyifatkan ia sebagai peluang sekali seumur hidup. FOTO Red Bull
KRISS Kyle menyifatkan ia sebagai peluang sekali seumur hidup. FOTO Red Bull

Belon udara itu berlepas dari Charlton Park Estate di Wiltshire, dekat sini, dan terbang kira-kira 48,280 m di atas Cotswolds, sebelum mendarat.

Kyle melakukan beberapa aksi sangat teknikal dalam masa singkat itu, pada Februari lalu.

Dia melakukan aksi itu sambil memakai payung terjun ketika platform itu sentiasa berayun.

KRISS Kyle menunggang basikal BMX di atas platform dibuat khas yang digantung pada belon udara panas. FOTO Red Bull
KRISS Kyle menunggang basikal BMX di atas platform dibuat khas yang digantung pada belon udara panas. FOTO Red Bull

Media melaporkan Kyle yang juga atlet Red Bull itu bertanding dalam acara BMX secara profesional sejak 2008.

Kyle berkata, idea bermain di atas taman papan selaju terapung tercetus ketika berbasikal bersama anjing peliharaannya dalam tempoh sekatan pergerakan (lockdown).

Idea itu kemudian dilontarkan pengurusnya di Red Bull, sebelum ia direalisasikan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Mei 2023 @ 3:52 PM