TIKTOK. FOTO AFP
TIKTOK. FOTO AFP
AFP

London: Kakitangan BBC semalam, diarah memadamkan video aplikasi TikTok kecuali berkaitan perniagaan, susulan kebimbangan oleh institusi di Barat, mengenai pengumpulan data.

Syarikat penyiaran terbesar Britain itu melaporkan bahawa pihaknya menghantar mesej kepada kakitangan mereka pada Ahad.

Mereka tidak mengesyorkan aplikasi itu di peranti korporat BBC, melainkan sebab perniagaan yang wajar.

"Jika tidak memerlukan TikTok atas sebab perniagaan, ia harus dipadamkan," katanya.

Pihak berkuasa Barat mengambil pendekatan lebih tegas terhadap aplikasi dimiliki firma ByteDance itu, berikutan kebimbangan data pengguna boleh disalahguna oleh pihak China.

United Kingdom (UK) pada Khamis mengumumkan larangan keselamatan TikTok pada peranti kerajaan, selaras tindakan Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat.

BBC memberitahu AFP semalam bahawa pihaknya mengambil berat isu keselamatan sistem dan data dengan serius.

Tambahnya, walaupun penggunaan TikTok pada peranti korporat masih dibenarkan untuk tujuan penyuntingan dan pemasaran, namun pihaknya akan terus memantau serta menilai.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Mac 2023 @ 11:27 AM