JOE Biden tiba dengan kereta api untuk lawatan mengejut di Kyiv. FOTO Reuters
JOE Biden tiba dengan kereta api untuk lawatan mengejut di Kyiv. FOTO Reuters
AFP

Kyiv: Lawatan mengejut Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden ke Kyiv, Ukraine ketika perang bermula pada tengah malam di hangar lapangan terbang tentera di luar Washington.

Beliau tiba pada jam 4 pagi (waktu tempatan) Ahad lalu tanpa diketahui media dunia, pertubuhan politik Washington atau pengundi AS.

Ahli politik Demokrat berusia 80 tahun itu menaiki Boeing 757 Tentera Udara dikenali sebagai C-32.

Pesawat itu lebih kecil daripada yang biasa digunakan oleh Presiden AS dalam lawatan antarabangsa.

Lima belas minit kemudian, Biden dan sebahagian anggota keselamatan, pasukan perubatan kecil, penasihat rapat dan dua wartawan yang sudah melakukan sumpah rahsia, berlepas dalam perjalanan ke zon perang.

Dalam perjalanan itu, Biden hanya membawa seorang jurugambar dan seorang penulis berbanding sebelum ini iaitu 13 orang.

Wartawan, Sabrina Siddiqui dari The Wall Street Journal, mendedahkan selepas dibenarkan oleh Rumah Putih untuk menerbitkan butiran terperinci, dia dan jurugambar dipanggil ke Pangkalan Bersama Andrews di luar Washington pada 2.15 pagi.

Telefon mereka dirampas dan tidak akan dikembalikan sehingga Biden akhirnya tiba di ibu negara Ukraine, kira-kira 24 jam kemudian.

Pesawat dinaiki mereka terbang kira-kira tujuh jam dari Washington dan tiba di pangkalan tentera AS di Ramstein, Jerman, untuk mengisi minyak.

Di sini juga, penutup tingkap kekal di bawah dan mereka tidak meninggalkan pesawat.

Penerbangan seterusnya adalah ke Poland, sebelum peswat itu mendarat di Lapangan Terbang Rzeszow-Jasionka.

Sehingga peringkat ini, Siddiqui dan jurugambar, Evan Vucci dari Associated Press masih tidak melihat Biden.

Wartawan yang mengembara bersama Biden sering pergi dalam perjalanan berasingan.

Tetapi sesuatu yang sangat berbeza apabila kali ini, tiada siren untuk mengumumkan ketibaan Presiden AS ketika rombongan itu menuju ke Przemysl Glowny, stesen kereta api Poland yang berhampiran sempadan Ukraine.

Biden kemudian menaiki kereta api sebelum tiba di Kyiv.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Februari 2023 @ 12:45 PM