GAMBAR fail menunjukkan Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sanchez memakai pelitup muka. FOTO AFP.
GAMBAR fail menunjukkan Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sanchez memakai pelitup muka. FOTO AFP.
BERNAMA

Madrid: Sepanyol tidak lagi mewajibkan pemakaian pelitup muka ketika berada di dalam pengangkutan awam bermula 8 Februari, kata Menteri Kesihatan negara itu Carolina Darias pada Khamis.

Ia adalah langkah terbaharu untuk kembali kepada kehidupan normal selepas dilanda pandemik Covid-19.

Bagaimanapun, penggunaan pelitup muka di hospital, pusat kesihatan dan farmasi masih diwajibkan, lapor Xinhua.

Pemakaian pelitup muka di kebanyakan tempat tidak lagi diwajibkan sejak 20 April 2022.

Menurut data yang diterbitkan Kementerian Kesihatan Sepanyol pada 20 Januari lalu, indeks 14 hari wabak Covid-19 ialah 97.60 kes bagi setiap 100,000 penduduk, menyaksikan trend penurunan kadar jangkitan di negara itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 January 2023 @ 11:54 AM