FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
Reuters

New York: Negeri New York pada Rabu menamatkan peraturan yang mewajibkan pemakaian pelitup muka di dalam kereta api, bas dan semua jenis pengangkutan awam.

Selain itu, peraturan sama ditarik balik untuk lapangan terbang dan kenderaan berkongsi penumpang.

Gabenor Kathy Hochul berkata, pemakaian pelitup muka kini tidak lagi diwajibkan.

"(Pemakaian) pelitup muka digalakkan tetapi tidak lagi wajib," katanya pada sidang media.

Beliau berkata, arahan itu turut berkuat kuasa untuk pusat tahanan, penjara dan pusat perlindungan gelandangan.

Pemakaian pelitup muka di New York sebelum ini dikuatkuasakan pada April 2020.

Namun, sejak beberapa bulan kebelakangan ini, banyak pengguna pengangkutan awam sudah tidak mengendahkan peraturan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 September 2022 @ 8:41 AM