PETUGAS media berkampung di luar pintu pagar Istana Balmoral, Scotland. FOTO EPA
PETUGAS media berkampung di luar pintu pagar Istana Balmoral, Scotland. FOTO EPA
BERNAMA

London: Pelan berhubung apa yang perlu dilakukan selepas kemangkatan Ratu Elizabeth II dikenali sebagai Operasi London Bridge.

Ia meliputi 10 hari.

Hari kemangkatan ratu dikenali sebagai D-Day, manakala hari berikutnya sebagai D-Day+1, D-Day+2 dan seterusnya, seperti dilaporkan Agensi Anadolu.

Pada D-Day, berita kemangkatan Elizabeth dimaklumkan ke seluruh dunia, dengan bendera pada bangunan kerajaan diturunkan separuh tiang.

Pemberitahuan rasmi akan diletakkan di pagar Istana Buckingham, yang menjadi kediaman rasmi baginda.

Sidang parlimen juga ditangguhkan.

Upacara pengebumian diadakan selepas 10 hari. Perdana menteri akan bertemu dengan anak sulung Elizabeth yang juga penggantinya, Charles III.

Pada D-Day+1, Raja Charles akan dimasyhurkan sebagai raja baharu dan bertemu dengan perdana menteri dan Kabinet.

Parlimen akan mengeluarkan ucapan takziah, dan sidang parlimen ditangguhkan sehingga 10 hari.

Pada D-Day+2, keranda baginda yang kini di Istana Balmoral, Scotland, akan dibawa ke Istana Buckingham, London.

Pada D-Day+3, Raja Charles akan mengadakan pergi ke seluruh United Kingdom (UK) , bermula di Scotland, untuk menerima ucapan takziah.

Pada D-Day+4, Charles akan meneruskan lawatan di UK dan menerima ucapan takziah dari Ireland Utara.

Pada D-Day+5, keranda baginda akan dibawa dari Istana Buckingham ke Palace of Westminster, menerusi laluan khusus di London.

Majlis akan diadakan di Westminster Hall.

Pada D-Day+6, keranda itu akan diletakkan di Palace of Westminster untuk tiga hari, untuk orang awam memberikan penghormatan terakhir.

Pada D-Day+7, Raja Charles akan meneruskan lawatan di UK, dan menerima ucapan takziah di Wales.

Pada D-Day+8 dan +9, upacara penghormatan terakhir untuk orang orang awam.

Pada D-Day+10, hari berkabung kebangsaan akan diumumkan dan upacara pengebumian negara diadakan di Westminster Abbey.

Elizabeth akan dimakamkan di Istana Windsor, di sebelah pusara bapanya.

Berita berkaitan

Ratu Elizabeth II mangkat

Charles, akhirnya menjadi raja

Elizabeth, satu-satunya individu tidak miliki pasport

Camilla bakal raja permaisuri

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 September 2022 @ 11:07 AM