Suu Kyi ketika dihadapkan di mahkamah pada 24 Mei 2021 atas pertuduhan penipuan pada pilihan raya (gambar fail). FOTO AFP
Suu Kyi ketika dihadapkan di mahkamah pada 24 Mei 2021 atas pertuduhan penipuan pada pilihan raya (gambar fail). FOTO AFP
Reuters

Brussels: Kesatuan Eropah (EU) pada Ahad mengecam hukuman penjara terhadap bekas pemimpin Myanmar yang digulingkan Aung San Suu Kyi dengan kerja berat selepas didapati bersalah atas penipuan pilihan raya.

Sumber memberitahu Reuters pada Jumaat bahawa Suu Kyi didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dengan kerja berat.

Peguam Suu Kyi turut memberikan maklumat yang sama kepada BBC.

"EU mengutuk hukuman yang tidak wajar terhadap Aung San Suu Kyi kepada tambahan tiga tahun penjara dengan kerja berat. Dia (Suu Kyi) kini berdepan hukuman penjara 20 tahun atas 11 pertuduhan dengan beberapa pertuduhan lagi," ciap diplomat tertinggi EU Josep Borrell di Twitter.

"EU menyeru rejim di Myanmar untuk membebaskan Suu Kyi dan semua tahanan politik," kata Borrell.

Pemenang Nobel dan ketua pembangkang Myanmar terhadap pemerintahan tentera selama beberapa dekad itu ditahan sejak rampasan kuasa awal tahun lalu dan sudah pun dijatuhkan hukuman penjara lebih 17 tahun.

Suu Kyi menafikan semua tuduhan terhadapnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 September 2022 @ 10:30 AM