Debris is seen at the crash site of an Antonov An-12 cargo plane owned by a Ukrainian company, near Kavala, Greece, July 17, 2022. REUTERS/Alkis Konstantinidis
Debris is seen at the crash site of an Antonov An-12 cargo plane owned by a Ukrainian company, near Kavala, Greece, July 17, 2022. REUTERS/Alkis Konstantinidis
AFP

Athens: Lapan anak kapal sebuah pesawat kargo yang terhempas berhampiran bandar Kavala di Greece disahkan maut dalam kemalangan itu, kata menteri pertahanan Serbia, semalam.

Antonov An-12 yang dikendalikan oleh Ukraine dikatakan membawa 11 tan peralatan senjata ke Bangladesh apabila ia terhempas pada malam Sabtu, kata menteri Nebojsa Stefanovic.

Video yang dikongsi oleh orang ramai di media sosial menunjukkan pesawat itu terbakar ketika mencecah tanah.

"Saya fikir anak kapal adalah warga Ukraine tetapi saya tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai itu. Mereka bukan warga Serbia," kata Stefanovic pada sidang akhbar.

Pesawat itu berlepas dari lapangan terbang Nis di Serbia pada kira-kira 8.40 malam waktu tempatan pada Sabtu, dengan membawa peralatan senjata milik syarikat swasta Serbia, Valir, katanya.

Media Greece berkata, pesawat itu meminta pelepasan untuk melakukan pendaratan cemas di lapangan terbang Kavala tetapi tidak berjaya.

Perkhidmatan penyelamat Greece menggunakan dron pada Ahad untuk memantau serpihan pesawat itu.

Ia kerana kebimbangan mengenai bahan dalam kargo itu yang mungkin berbahaya dan memaksa mereka menjauhkan diri.

Televisyen kerajaan berkata, tentera, pakar bahan letupan dan kakitangan Suruhanjaya Tenaga Atom Greece akan mendekati lokasi nahas sebaik sahaja ia dianggap selamat.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Julai 2022 @ 9:40 AM