KEADAAN di lokasi nahas. FOTO Agensi
KEADAAN di lokasi nahas. FOTO Agensi
BERNAMA

Moscow: Sebuah pesawat kargo An-12 terhempas di wilayah Irkutsk Rusia pada Rabu, mengorbankan kesemua tujuh anak kapal.

Pesawat malang itu dalam perjalanan dari Yakutsk ke Irkutsk hilang daripada radar sebelum disahkan terhempas berhampiran lapangan terbang Irkutsk, lapor Agensi Berita Xinhua memetik TASS.

Antara yang maut dalam nahas itu dua warga Rusia dan dua warga Ukraine serta tiga rakyat Belarus.

Pesawat itu milik syarikat penerbangan Belarusia Grodno dan sudah beroperasi sejak 1968.

Punca nahas kemungkinan disebabkan cuaca buruk, kecuaian manusia dan kerosakan teknikal termasuk kegagalan enjin akibat perlanggaran dengan burung.


Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 November 2021 @ 1:18 PM