KANAK-KANAK menunggu giliran untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 di  San Lorenzo, Paraguay. FOTO AFP
KANAK-KANAK menunggu giliran untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 di San Lorenzo, Paraguay. FOTO AFP
AFP

Geneva: Subvarian daripada strain koronavirus Omicron yang mudah menular ditunjukkan menerusi beberapa kajian mungkin lebih menular daripada versi asal, sudah dikesan di 57 negara, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Varian Omicron yang merebak cepat dan banyak bermutasi menjadi varian dominan di seluruh dunia sejak pertama kali dikesan di selatan Afrika, 10 minggu lalu.

Dalam kemas kini epidemiologi mingguannya, WHO berkata, varian itu yang menyumbang lebih 93 peratus daripada semua spesimen koronavirus dikumpul pada bulan lalu mengira beberapa subgaris keturunan: BA.1, BA.1.1, BA.2 dan BA. .3.

BA.1 dan BA.1.1 yang juga versi pertama dikenal pasti masih menyumbang lebih 96 peratus daripada semua jujukan Omicron yang dimuat naik ke inisiatif sains global GISAID, katanya.

Tetapi terdapat peningkatan yang jelas dalam kes membabitkan BA.2 yang mengira beberapa mutasi berbeza daripada yang asal termasuk spike protein (protein pepaku) yang menonjolkan permukaan virus dan kunci untuk memasuki sel manusia.

"Jujukan yang ditetapkan BA.2 diserahkan kepada GISAID dari 57 negara setakat ini," kata WHO, sambil menambah di sesetengah negara, subvarian itu kini menyumbang lebih separuh daripada semua jujukan Omicron yang dikumpulkan.

Agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu berkata, masih sedikit yang diketahui mengenai perbezaan antara subvarian itu dan meminta kajian mengenai ciri-cirinya termasuk kebolehjangkitan

Beberapa kajian baru-baru ini juga membayangkan BA.2 lebih berjangkit daripada Omicron yang asal.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Februari 2022 @ 9:23 AM