GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
AFP

Geneva: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Selasa berkata, varian B.1.617 Covid-19 yang ditemukan di India kini didapati di sekurang-kurangnya 17 negara.

Menurut badan dunia itu, ia berdasarkan maklumat dari pangkalan data akses terbuka GISAID.

India kini berdepan dengan lonjakan kes baharu dan kematian akibat penularan gelombang baharu Covid-19 di negara itu.

Pada Selasa, 350,000 kes baharu Covid-19 direkodkan di negara itu yang menyumbang kepada jumlah keseluruhan kes global kepada 147.7 juta.

Setakat ini, ia sudah menyebabkan 3.1 juta kematian di seluruh dunia.

WHO menyatakan bahawa model sebelum ini menunjukkan jujukan (sequences) sebelum yang dikemukakan menerusi GISAID sebelum ini, menunjukkan varian B.1.617 mempunyai kadar pertumbuhan lebih tinggi berbanding varian lain di India, sekali gus meningkatkan penularan.

Ia menegaskan varian lain yang turut menular pada masa sama turut menunjukkan peningkatan penularan.

Menurutnya, kombinasi ini mungkin menjadi penyebab utama peningkatan jangkitan di India.

"Malah, kajian menunjukkan bahawa penularan gelombang kedua adalah lebih cepat berbanding dengan yang pertama," katanya.

Selain itu, WHO berkata, faktor lain yang menyumbang kepada peningkatan kes termasuk ketidkapatuhan terhadap peraturan kesihatan awam dan perhimpunan besar-besaran.

"Kajian lanjut perlu dilakukan untuk memahami sumbangan faktor-faktor ini," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 April 2021 @ 9:29 AM