GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Agensi

New York: Subvarian baharu Omicron, XBB yang mula dikesan di Amerika Syarikat (AS) pada 15 September lalu, bersifat sangat kebal dan mudah menular.

Penolong Dekan Penyelidikan dan Profesor Bersekutu, Institut Teknologi New York, kampus Jonesboro, Raj Rajnarayanan berkata, ia menyumbang 0.26 peratus daripada kes yang disusun secara genetik dalam tempoh 15 hari lalu.

Beliau memetik data daripada Gisaid, sebuah organisasi penyelidikan antarabangsa yang menjejaki perubahan dalam Covid-19 dan virus selesema.

Katanya, kebanyakan 16 kes ditemukan di New York, kerana jumlah pengembara antarabangsa yang masuk dan keupayaan penjujukan genetik mantap.

Rajnarayanan tidak bimbang mengenai satu varian khususnya sekarang kerana varian Omicron semasa semuanya mengambil mutasi sama yang memberikan kelebihan seperti peningkatan kebolehjangkitan dan keupayaan tambahan untuk mengelakkan sistem imun

XBB ialah gabungan dua 'baka' Omicron yang berbeza. Ia bersama-sama dengan BQ.1.1 dianggap sebagai varian Covid-19 yang paling mengelak kekebalan badan, setakat ini.

Ia mengatasi pengelakan imun yang dikongsi satu lagi subvarian sebelum ini, BA.5 yang dominan di seluruh dunia pada musim panas ini.

Jumaat lalu, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS mengumumkan, Omicron berwajaran tinggi melahirkan BQ.1 dan BQ.1.1 berada di AS, dan ia meningkat dengan cepat.

Dengan kehadiran XBB ia akan mewujudkan gabungan dua varian yang menggerunkan.

Berbanding dengan XBB, XBB.1 hanya menampilkan satu perubahan kecil pada protein pepaku, yang digunakan ovirus untuk melekat pada dan menjangkiti sel.

Ia adalah salah satu daripada berbilang keturunan XBB yang diperhatikan penjejak varian di seluruh dunia, dengan subvarian Omicron itu direkodkan menyebabkan lonjakan kes baharu di Singapura.

BQ.1.1 melonjak di New York dan meningkat di negara Eropah seperti Jerman di mana sambutan Oktoberfest mungkin menjadi acara yang berpotensi melonjakkan kes.

Seorang Profesor Perubatan Molekul di Scripps Research serta Pengasas dan Pengarah Institut Terjemahan Penyelidikan Scripps, Dr Eric Topol berkata, pengelakan imun yang melampau menjadikannya sebagai pencetus utama gelombang AS.

"Saintis tidak akan tahu sejauh mana ia mengelak perlindungan daripada vaksin. Jika ia berlaku sehingga mencapai 30 hingga 50 peratus kes di suatu tempat," katanya kepada Fortune.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Oktober 2022 @ 1:35 PM