Black Depression membelanjakan kos yang tinggi untuk mengubahsuai wajahnya. FOTO Agensi
Black Depression membelanjakan kos yang tinggi untuk mengubahsuai wajahnya. FOTO Agensi
Agensi

Munich: Kerana tidak mahu kelihatan seperti manusia biasa, seorang lelaki di Jerman sanggup mencacah wajahnya tatu bentuk puzzle (permainan susun suai gambar).

Lelaki dikenali sebagai Black Depression, 28, dari Jerman berkata, dia membelanjakan lebih daripada 12,000 Pound Sterling (kira-kira RM68,326) untuk mengubah suai badannya dengan cara berbeza.

Mirror melaporkan, dia mencacah tatu kepingan teka-teki di seluruh wajahnya.

Selain tatu mukanya yang menampilkan kepingan teka-teki berwarna dan bergaris, lelaki itu juga mengeluarkan ketulan tulang rawan dari telinganya.

Dia mempunyai kedua-dua cuping telinga dan lubang hidung ditindik dan diregangkan dan bahagian putih bola matanya diwarnai dengan rona hitam.

"Selama bertahun-tahun saya melakukan sesuatu yang tidak dibuat orang lain," katanya.

Black Depression pertama kali memulakan transformasi lapan tahun lalu ketika dia baru berusia 20 tahun dalam prosedur membelah lidah.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 January 2022 @ 6:45 AM