Hafizh (kiri) bersama Janssen ketika diumumkan menyertai NTS musim depan menerusi Facebook pasukan itu. FOTO NTS
Hafizh (kiri) bersama Janssen ketika diumumkan menyertai NTS musim depan menerusi Facebook pasukan itu. FOTO NTS
Aida Adilah Mat


Kuala Lumpur: Teka-teki pasukan mana yang akan diwakili oleh pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah akhirnya terjawab apabila dia bakal bersama pasukan NTS RW Racing GP untuk musim baharu tahun depan.

Perkara itu disahkan oleh pengurus pasukan NTS RW Racing GP, Jarno Janssen yang memaklumkan perkhabaran itu dalam Facebook rasmi pasukan hari ini.

"Kami dengan bangga dan gembira ingin memaklumkan kerjasama bersama Hafizh yang akan mengibarkan cabaran bersama pasukan NTS tahun depan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 November 2020 @ 5:08 PM