PORTUGAL kini memberi suntikan vaksin ke atas kanak-kanak berusia usia lima tahun ke atas. FOTO AFP.
PORTUGAL kini memberi suntikan vaksin ke atas kanak-kanak berusia usia lima tahun ke atas. FOTO AFP.
AFP

Lisbon: Omicron menjadi varian dominan di Portugal apabila lebih 10,000 kes harian Covid-19 direkodkan pada Sabtu, kata Agensi Kesihatan Kebangsaan.

Sebagai antara negara dengan kadar vaksinasi tertinggi dunia, Portugal sudah mula memberi suntikan vaksin kepada kanak-kanak berumur lima tahun ke atas.

"Varian Omicron sudah pun menjadi dominan di Portugal, menyumbang 61.5 peratus daripada keseluruhan jangkitan pada 22 Disember," kata Ketua Pengarah Kesihatan.

Semalam, sebanyak 10 lagi kematian dan 10,016 kes positif dilapor, sedikit berkurangan berbanding kelmarin dengan 11 kematian dan 12,943 kes.

Negara itu mewajibkan penduduknya bekerja di rumah, mengarahkan penutupan bar dan kelab malam selain mewajibkan pemakaian pelitup muka.

Pengembara yang memasuki Portugal perlu mengemukakan ujian saringan RT-PCR dalam tempoh tiga hari, meskipun sudah divaksinasi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Disember 2021 @ 12:10 PM