PASUKAN keselamatan di lokasi kemalangan yang mengakibatkan sekurang-kurang 45 maut. FOTO AFP
PASUKAN keselamatan di lokasi kemalangan yang mengakibatkan sekurang-kurang 45 maut. FOTO AFP
AFP

Sofia: Sekurang-kurangnya 45 maut apabila bas dinaiki terbakar di lebuh raya di selatan ibu negara Bulgaria, semalam.

Punca kemalangan masih belum dapat dipastikan.

Ketua Jabatan Keselamatan Kebakaran dan Perlindungan Awam di Kementerian Dalam Negeri, Nikolay Nikolov memberitahu stesen penyiaran BNT, seramai 45 atau 46 terbunuh dalam kemalangan di lebuh raya kira-kira 40 kilometer dari Sofia itu.

"Tujuh penumpang berjaya diselamatkan dan dibawa ke hospital di ibu negara," katanya.

Menurut saluran televisyen bTV, seramai 12 kanak-kanak menaiki bas yang dalam perjalanan dari Istanbul, Turki ke Skopje di utara Macedonia itu.

Perdana Menteri Zoran Zaev berkata, mangsa dalam kemalangan itu kemungkinan dari Macedonia.

"Kami tidak tahu sama ada semua mangsa berasal dari utara Macedonia, tetapi kami mengandaikan begitu kerana bas berkenaan didaftarkan di negara ini," katanya dalam temubual dengan Nova TV.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 November 2021 @ 1:57 PM