SEKUMPULAN pelarian Afghanistan memanaskan badan di keliling unggun api ketika menunggu dibenarkan melintas sempadan dari Macedonia ke Serbia.
SEKUMPULAN pelarian Afghanistan memanaskan badan di keliling unggun api ketika menunggu dibenarkan melintas sempadan dari Macedonia ke Serbia.

Thessaloniki (Greece): Polis Greece berkata semalam, Macedonia menutup sempadan selatannya dengan negara itu bagi pendatang Afghanistan sebaliknya hanya membenarkan kemasukan rakyat Syria serta Iraq.

Dalam pada itu, Serbia turut dilaporkan melakukan perkara sama di sempadan selatan dengan Macedonia.

Polis Macedonia mula menyekat aliran pendatang di sepanjang sempadan dengan Greece kelmarin, selain menjalankan pemeriksaan badan dan pasport pendatang.

Sebelum ini, mereka menerima dokumen rasmi daripada polis Greece sebagai bukti seseorang individu sudah diproses.

Langkah itu menyebabkan sejumlah besar pendatang terkandas di sempadan Greece. Polis mendakwa 800 orang berada di situ semalam, dengan 2,750 yang lain menunggu di dalam 55 bas berhampiran.

Pada jam 6 pagi (waktu tempatan) semalam, hanya 310 pendatang dibenarkan untuk memasuki Macedonia. - AP

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Februari 2016 @ 12:56 PM