KOKO kembali selepas menghabiskan masa 10 tahun di Belanda untuk merawat masalah kemurungan. FOTO Agensi
KOKO kembali selepas menghabiskan masa 10 tahun di Belanda untuk merawat masalah kemurungan. FOTO Agensi
Agensi

SKOPJE (MACEDONIA UTARA): Seekor cimpanzi dilaporkan kembali ke Macedonia Utara selepas menghabiskan masa 10 tahun di Belanda untuk merawat masalah kemurungan.

Daily Mail melaporkan, ‘bintang’ zoo Skopje itu, Koko pulang ke pangkuan penjaganya, Dragan Trajkovski yang ternyata gembira melihat haiwan kesayangan.

Koko pulang bersama tiga lagi cimpanzi bernama Mimmi, Hiasl dan Rosi selepas dirawat oleh oleh pertubuhan Perlindungan dan Sokongan Haiwan.

Cimpanzi berkenaan dilahirkan pada 1995 namun ibunya mati dua tahun kemudian akibat tuberculosis menyebabkannya kesunyian dan mengalami kemurungan.

“Sukar untuk menggambarkan kegembiraan ini selepas 10 tahun dapat berjumpa Koko. Perasaannya ibarat menyambut kepulangan anak,” kata Trajkovski, 49.

SALAH satu cimpanzi digambarkan di zoo, Skopje. FOTO Agensi
SALAH satu cimpanzi digambarkan di zoo, Skopje. FOTO Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Julai 2019 @ 12:36 PM