GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
BERNAMA

Berlin: Hampir 9,000 penduduk di Schortensm, utara Jerman mungkin menerima cecair garam dan bukannya vaksin Covid-19, menurut kaunti Friesland pada Selasa.

Pada akhir April, ada laporan bahawa seorang petugas di pusat vaksin mengisi sekurang-kurangnya enam picagari dengan cecair garam, lapor Xinhua.

Siasatan lanjut oleh polis menunjukkan 'ia bukan kes terpencil', kata pentadbir daerah Friesland Sven Ambrosy.

Pihaknya akan melihat kemungkinan lebih ramai yang terkesan dengan kejadian itu.

Menurut polis, suspek yang sudah dipecat daripada tugasnya, berkongsi teori konspirasi di media sosial dan secara terbuka mengkritik langkah diambil kerajaan untuk mengatasi penularan Covid-19.

"Dalam hal ini, adalah penting untuk semua yang terkesan diberikan dengan vaksin dalam tempoh secepat mungkin," kata presiden Pejabat Kesihatan Lower Saxony State. Matthias Pulz.

Menurutnya, ia adalah cara untuk memastikan individu berkenaan mendapat perlindungan daripada vaksinasi yang lengkap.

Setakat Selasa, lebih daripada 45.8 juta penduduk Jerman sudah menerima dos lengkap vaksin, menjadikannya jumlah keseluruhan kepada 55.1 peratus.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Ogos 2021 @ 11:56 AM