ORANG ramai hadir mendapatkan vaksinasi di Pusat Pemberian Vaksin Bangi Avenue Convention Centre. FOTO Rohanis Shukri.
ORANG ramai hadir mendapatkan vaksinasi di Pusat Pemberian Vaksin Bangi Avenue Convention Centre. FOTO Rohanis Shukri.
BERNAMA

Kuala Lumpur: Sebanyak 22,646,581 dos vaksin Covid-19 diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), setakat semalam.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi perkongsian infografik di Twitternya memaklumkan daripada jumlah itu, seramai 14,941,585 orang menerima suntikan dos pertama, manakala 7,704,996 orang menerima dos kedua.

"Mengikut peratusan, 45.8 peratus daripada populasi negara sudah mendapat dos pertama, manakala 23.6 peratus sudah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19 mereka," katanya.

Sementara itu, vaksinasi harian pula mencatatkan sebanyak 494,214 dos diberikan semalam dengan 230,053 adalah pemberian dos pertama manakala 264,161 lagi adalah dos kedua.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Ogos 2021 @ 9:29 AM