PEMANDANGAN udara menunjukkan Menara Jala yang musnah akibat serangan rejim zionis Israel. FOTO AFP
PEMANDANGAN udara menunjukkan Menara Jala yang musnah akibat serangan rejim zionis Israel. FOTO AFP
AFP

The Hague: Pemilik bangunan media yang musnah dalam serangan udara Israel memfailkan kes kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Jawad Mehdi menyifatkan, serangan pada 15 Mei lalu yang memusnahkan hartanahnya, Menara Jala yang menempatkan ibu pejabat agensi berita, Associated Press dan Al Jazeera TV, satu jenayah perang.

Katanya, seorang pegawai perisik Israel memberi amaran mengosongkan bangunan 13 tingkat itu sejam sebelum serangan peluru berpandu dilancarkan.

Peguamnya, Gilles Devers dalam satu kenyataan berkata, pemilik bangunan itu yang juga rakyat Palestin menyerahkan kepada peguamnya untuk membawa kes berkenaan kepada ICC.

Katanya, kira-kira 10 penunjuk perasaan pro-Palestin berkumpul yang menunjukkan Israel tiada sasaran ketenteraan atas serangan itu.

"Kami banyak dengar menara itu mungkin dimusnahkan kerana ada peralatan atau pasukan penentang bersenjata.

"Ini satu yang kami nafikan selepas meneliti kes ini.

"Berdasarkan undang-undang antarabangsa kamu hanya boleh merosakkan harta benda awam jika ia digunakan untuk ketenteraan dan dalam kes ini ia tidak berlaku," katanya.

Sebelum ini, Israel mendakwa unit perisikan Hamas berlindung dalam bangunan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Mei 2021 @ 10:34 AM