SEORANG kanak-kanak menerima suntikan dos vaksin Pfizer-BioNTech di Asuncion, Paraguay. FOTO AFP
SEORANG kanak-kanak menerima suntikan dos vaksin Pfizer-BioNTech di Asuncion, Paraguay. FOTO AFP
AFP:

The Hague: Badan Pengawas Ubat-Ubatan Kesatuan Eropah (EU) meluluskan kegunaan vaksin Covid-19 Moderna, untuk kanak-kanak berusia di antara 12 hingga 17 tahun, menjadi suntikan kedua yang diluluskan kepada remaja di benua itu.

"Penggunaan vaksin Spikevax dalam kalangan kanak-kanak berusia antara 12 dan 17 tahun akan sama seperti individu yang berusia 18 tahun dan ke atas.

"Kajian menunjukkan Spikevax (jenama vaksin) menghasilkan tindak balas antibodi yang setara pada kanak-kanak berusia 12 hingga 17 tahun, sama golongan muda berusia 18 hingga 25 tahun," kata Agensi Ubat-ubatan Eropah (EMA).

Menurutnya, terdapat kesan sampingan yang biasa pada kanak-kanak yang sama seperti golongan dewasa.

Ini termasuk rasa sakit dan bengkak pada tempat suntikan, keletihan, sakit kepala, sakit otot dan sendi, kelenjar limfa membesar, menggigil, mual, muntah dan demam.

Vaksin terbabit akan diberikan dalam dua suntikan, masing-masing mempunyai sela masa empat minggu.

Keputusan oleh agensi yang berpangkalan di Amsterdam itu mengikut kelulusan vaksin pertama untuk kanak-kanak Eropah, oleh Pfizer/BioNTech pada Mei.

Kesan suntikan vaksin itu dikaji di kalangan 3,732 kanak-kanak berusia 12 tahun hingga 17 tahun.

Suntikan vaksin Moderna jab menggunakan teknologi Messenger Asid Ribonukleik atau mRNA, yang sama dengan Pfizer / BioNTech, iaitu menggunakan bahan genetik supaya dapat dicam oleh tubuh individu untuk penghasilan lonjakan protein.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Julai 2021 @ 1:11 PM