TULAR video lelaki  memandikan ular dengan syampu. FOTO Agensi
TULAR video lelaki memandikan ular dengan syampu. FOTO Agensi
Agensi

New Delhi: Tular di laman sosial seorang lelaki memandikan ular dengan syampu.

India Times melaporkan, video itu mengundang reaksi penonton, dengan ramai yang bingung melihatnya keperluan untuk memandikan haiwan itu dengan pencuci rambut berkenaan.

Video itu dikongsikan di platform X menerusi akaun 'Amazing Nature' dengan kapsyen 'Kenapa?' 'Cuma kenapa?'

Sejak dikongsikan , video itu meraih lebih 13 juta tontonan

Ramai mempersoalkan keperluan untuk memandikan reptilia itu dengan syampu.

Manakala yang lain mempersoalkan sama ada reptilia itu hendak dimandikan.

Ramai memberi pandangan itu menerusi ruangan komen 'Membersihkan ular bukan

luar biasa bagi pemilik ular, walaupun ada yang kurang praktikal dan lebih suka untuk membersihkannya menggunakan hos," kata seorang warganet.

"Gembira bukan saya yang mencuci haiwan peliharaannya," tulis seorang lagi warganet.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Julai 2024 @ 1:55 PM