ZHANG meminum sabun cecair.
ZHANG meminum sabun cecair.

Beijing: Seorang lelaki berusia 21 tahun, Zhang Yue menghidap ketagihan ganjil - dia tidak boleh berhenti meminum sabun cecair.

Zhang yang berasal dari bandar Chongqing di barat daya China berkata, ketagihannya bermula pada 2012.

Menurutnya, dia mulanya meminum beberapa titik sabun itu, tetapi tidak lama kemudian keinginannya untuk meminum lebih banyak sabun basuh pinggan tidak boleh di kawal.

Menurutnya, dia kini meminum sekurang-kurangnya setengah botol sabun sehari dan kadang-kala turut meminum syampu.

Ketagihan ganjilnya membolehkan dia popular. Malangnya, ia turut menjejaskan kehidupannya apabila tidak ada wanita yang berminat dengannya kerana tabiatnya itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Ogos 2016 @ 5:25 AM