PEMUDA (gambar kecil) tenang menangkap ular dengan menjinakkan reptilia itu menggunakan hos. ke dalam rumah. FOTO Tangkap Layar Video IG
PEMUDA (gambar kecil) tenang menangkap ular dengan menjinakkan reptilia itu menggunakan hos. ke dalam rumah. FOTO Tangkap Layar Video IG
Agensi

New Delhi: Tular di media sosial India pemuda yang bersahaja tidak membunuh ular ditemui keluar dari mangkuk tandas, sebaliknya hanya menyiram reptilia itu menggunakan hos air.

India Times melaporkan, video itu mendapat perhatian selepas dikongsikan oleh anggota penyelamat hidupan liar, Rajesh Indori di Instagram (IG).

Video itu menunjukkan bagaimana pemuda berkenaan 'menjinakkan' dengan hos air sebelum menangkap dan membawa reptilia berkenaan keluar dari rumah.

Dalam kes itu, ular berkenaan diselamatkan tanpa sebarang kecederaan.

Berdasarkan video itu, kelihatan pemuda berkenaan sangat tenang mengendalikan ular itu.

Tindakannya itu juga menunjukkan betapa dia mempunyai belas ihsan terhadap ular walaupun sedar bahaya reptilia berkenaan.

Perkongsian video itu meraih 5.8 juga tontonan dan lebih 38,000 tanda suka.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Jun 2024 @ 4:24 PM