PROSES melihat anak bulan di Arab Saudi. FOTO AN
PROSES melihat anak bulan di Arab Saudi. FOTO AN
Agensi

Riyadh: Arab Saudi akan menyambut Aidilfitri pada Rabu, 10 April, lapor Arab News.

Ia apabila anak bulan Syawal tidak kelihatan pada petang 29 Ramadan iaitu Isnin lalu.

"Selasa akan menjadi hari terakhir bulan suci itu, dan sambutan Aidilfitri akan bermula pada hari Rabu, 10 April," menurut kenyataan pihak berkuasa negara ini.

Solat Aidilfitri akan diadakan di seluruh negara pada Rabu sejurus selepas matahari terbit, dengan pengaturan menyeluruh dibuat untuk menampung jemaah untuk solat itu..

Menteri Hal Ehwal Islam, Dakwah, dan Bimbingan Saudi Sheikh Abdullatif Al-Asheikh, baru-baru ini, mengeluarkan arahan untuk mengadakan solat Aidilfitri

15 minit selepas matahari terbit, mengikut kalendar Umm Al-Qura.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 April 2024 @ 8:05 AM