FOTO tular menunjukkan individu dikatakan memanjat dinding dipercayai untuk menyerahkan jawapan kepada calon. FOTO Agensi
FOTO tular menunjukkan individu dikatakan memanjat dinding dipercayai untuk menyerahkan jawapan kepada calon. FOTO Agensi
Agensi

New Delhi: Sekolah Chandrawati di Nuh, Haryana, baru-baru ini, didakwa menjadi terbabit skandal penipuan peperiksaan besar-besaran, lapor portal Oddity Central.

Ia selepas tular video tular orang ramai memanjat tembok sekolah untuk menghantar kertas jawapan kepada pelajar yang sedang menduduki peperiksaan.

Namun, pegawai sekolah menegaskan bahawa tiada penipuan berlaku semasa peperiksaan kelas 10 pada Rabu lalu, dan orang ramai hanya cuba membantu rakan dan saudara mereka.

Beberapa sumber mendakwa bahawa mereka mula memanjat sekolah selepas calon menerima kertas ujian. Individu itu dikatakan mahu memberikan jawapan kepada pelajar.

Media tempatan melaporkan bahawa seseorang mengambil gambar soalan untuk peperiksaan Pendidikan Jasmani dan berkongsi dengan rakan dan keluarga pelajar yang menunggu di tempat letak kereta di belakang bangunan yang menjadi tempat peperiksaan.

Dengan itu, ia membolehkan orang ramai mencari jawapan, menulisnya pada kepingan kertas, dan kemudian berkongsi dengan calon, melalui tingkap kecil.

Salah satu video menunjukkan sekurang-kurangnya 12 orang memanjat dinding konkrit dan memanggil pelajar ke tingkap supaya mereka boleh memberikan jawapan kepada mereka.

Walaupun terdapat bukti penipuan itu, pegawai sekolah mendakwa video itu hanya satu cubaan menipu sambil menambah bahawa kawalan keselamatan berjaya menghalang gangguan luar semasa peperiksaan berkenaan.

"Lelaki terbabit membuat huru-hara di luar sekolah dan tiada sebarang penipuan berlaku. Walaupun mereka cuba memanggil pelajar di dalam, kami memastikan tiada perkara yang tidak diingini berlaku," kata kakitangan sekolah dalam satu kenyataan.

Pengetua Nidhi Rohilla berkata, sekolah tidak menghadapi sebarang masalah, sebaliknya berkata semua gangguan adalah pihak luar.

"Kami juga tidak membenarkan sesiapa kecuali pelajar memasuki premis. Tiada penipuan berlaku dan pelajar mengambil peperiksaan mereka dengan betul. Polis meronda di kawasan itu, dan pegawai ditempatkan di sudut berbeza di kampus ," katanya.

Di sebalik penafian sepenuhnya pegawai sekolah, ada pihak yang mengatakan bahawa jenis penipuan ini adalah tingkah laku rutin di sekolah, dan keselamatan semasa peperiksaan penting hanyalah formaliti.

"Ini adalah aktiviti rutin. Rakan pelajar membaling bahan melalui jeriji tingkap untuk membantu pelajar mengambil peperiksaan. Kebanyakan guru tidak membantah," kata seorang pelajar Kelas 10 mengesahkan perkara itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Mac 2024 @ 2:12 PM