PEGAWAI pilihan raya mengira kertas undi di pusat pengiraan undi di Jombang Regency,  Jawa Timur. FOTO Antara via Reuters.
PEGAWAI pilihan raya mengira kertas undi di pusat pengiraan undi di Jombang Regency, Jawa Timur. FOTO Antara via Reuters.
Bernama-Xinhua

Jakarta: Calon presiden Prabowo Subianto berkemungkinan memenangi pemilihan presiden pada Pemilihan Umum (Pemilu) 2024 Indonesia berdasarkan kiraan pantas atau quick count yang dikeluarkan pada Rabu, lapor Xinhua.

Kiraan pantas dilakukan oleh sekurang-kurangnya enam badan peninjau selepas pengundian berakhir pada pukul 1 tengah hari waktu tempatan.

Keputusan menunjukkan Subianto memperoleh kira-kira 58 peratus undi daripada 90 peratus undi yang dikira manakala dua pesaingnya, Anies Baswedan dan Ganjar Pranowo, masing-masing memperoleh kira-kira 25 peratus dan 16.5 peratus undi.

Keputusan rasmi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Indonesia dijangka dikeluarkan pada pertengahan Mac.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Februari 2024 @ 9:46 PM