Cao Qixian (L) berjaya memecah rekod dunia. FOTO CMG
Cao Qixian (L) berjaya memecah rekod dunia. FOTO CMG
Agensi

Singapura: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun, Cao Qixian, mencipta rekod dunia baharu untuk wanita dengan menyelesaikan kiub rubik dalam masa 5.97 saat di Persatuan Kiub Rubik Dunia Antarabangsa Terbuka di Singapura, lapor portal Oddity Central.

Qixian yang berasal dari Wilayah Jiangsu di China, mula bermain dengan kiub rubik pada usia tiga tahun, diilhamkan oleh sepupu yang mengajarnya seni 'speedcubing'.

Bagaimanapun, selepas hampir setahun, kanak-kanak itu menjadi begitu mahir sehingga sepupunya tidak lagi mempunyai apa-apa yang tersisa untuk mengajarnya selain ibu bapanya turut menyediakan jurulatih kelajuan.

Kanak-kanak itu sangat gemar menyelesaikan kiub rubik itu dengan melatih dirinya selama dua hingga tiga jam setiap hari malah kemampuannya semakin meningkat.

Ibunya Cao Qian berkata, anaknya itu pernah hampir putus asa dalam meningkatkan kelajuan bagi menyelesaikan kiub rubik itu.

"Dia mengalami 'kecederaan' pada saat ke-12 ketika cuba mempercepat ke 10 saat dalam tempoh tiga bulan.

"Dia berlatih dengan gigih tetapi tidak membuat sebarang kemajuan dan hampir putus asa," katanya.

Untuk memberi motivasi dan membantunya dalam mengatasi halangan itu, seluruh keluarga Cao Qixian mengambil bahagian dalam persaingan dewasa.

Bagaimanapun, tiada siapa bermimpi bahawa kanak-kanak berbakat itu akan dapat memecahkan rekod dunia baharu pada usia enam tahun.

Pada acara itu, dia menjadi wanita pertama yang menyelesaikan kiub rubik dalam masa kurang daripada 6 saat.

Ibunya berkata, mereka tidak pernah meramalkan bahawa anaknya akan memecahkan rekod dunia begitu cepat.

"Selama dua atau tiga hari selepas kami kembali, ia berasa seolah-olah kami masih bermimpi," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Disember 2023 @ 12:07 PM