GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
BERNAMA

Kuala Lumpur: Gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter melanda Jawa, Indonesia pada 10.08 malam ini.

Mewnurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa dengan kedalaman 105 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 142km barat daya dari Tasikmalaya, Indonesia.

Bagaimanapun, berdasarkan penilaian awal, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Oktober 2023 @ 11:20 PM