WANITA melaungkan slogan ketika protes berhubung kekejaman terhadap wanita Meitei di Imphal, susulan keganasan etnik di Mnaipur. FOTO AFP.
WANITA melaungkan slogan ketika protes berhubung kekejaman terhadap wanita Meitei di Imphal, susulan keganasan etnik di Mnaipur. FOTO AFP.
BERNAMA

New Delhi: Negeri Manipur di timur laut India yang dilanda keganasan pada Selasa sekali lagi menyekat perkhidmatan internet mudah alih selepas foto dua pelajar yang maut tular dalam talian.

Manipur dilanda keganasan dan ketegangan etnik sejak 3 Mei apabila pertempuran meletus antara puak berhubung faedah pekerjaan kerajaan dan akses kepada tanah.

Kerajaan negeri mengarahkan perkhidmatan internet mudah alih disekat sehingga 1 Oktober bagi mengekang khabar angin dan maklumat salah.

Tindakan itu dibuat susulan protes di ibu negeri Imphal berhubung pembunuhan dua pelajar yang hilang pada Julai.

"Memandangkan berita menyedihkan yang muncul semalam mengenai kematian tragis pelajar yang hilang, saya ingin memberi jaminan kepada rakyat bahawa kedua-dua kerajaan negeri dan pusat bekerjasama rapat untuk menangkap pelaku," kata ketua menteri Manipur, N Biren Singh pada Selasa.

Manipur berdepan sekatan internet sejak keganasan tercetus pada Mei.

Lebih 180 orang terbunuh dalam tempoh lima bulan lalu dan puluhan ribu lagi hilang tempat tinggal.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 September 2023 @ 10:20 AM