Video yang tular di laman sosial menyaksikan Anuj terbaring selepas ditembak. - FOTO Agensi
Video yang tular di laman sosial menyaksikan Anuj terbaring selepas ditembak. - FOTO Agensi
Bernama-Xinhua

New Delhi: Seorang pemimpin dari Parti Bharatiya Janata (BJP) maut ditembak di negeri Uttar Pradesh, India, lapor Xinhua memetik polis pada Jumaat.

Dalam kejadian pada Khamis petang itu, Anuj Chaudhary, 34, ditembak oleh tiga lelaki ketika sedang berjalan di luar kediamannya di daerah Moradabad, kira-kira 355 kilometer barat laut Lucknow, ibu negeri Uttar Pradesh.

Chaudhary dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia, menurut polis.

Polis telah membuka kertas siasatan berhubung kes itu dan sedang berusaha memburu suspek,

"Lima pasukan telah dibentuk untuk menangkap suspek. Tindakan undang-undang yang tegas akan diambil ...," menurut kenyataan yang dikeluarkan pihak polis.

Laporan mengatakan Chaudhary tewas dalam pilihan raya tempatan di kawasannya dan merupakan ahli BJP yang sangat aktif.

Mayat Chaudhary telah dihantar untuk bedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Ogos 2023 @ 5:48 PM