KECEDERAAN tidak serius dialami mangsa.
KECEDERAAN tidak serius dialami mangsa.

Islamabad: Seorang wanita terselamat daripada mati ditembak abangnya selepas peluru yang menyasarkan lehernya terkena loket emas dipakainya.

Kejadian di Uttar Pradesh itu berlaku apabila Mohammad Nayeem dilaporkan merancang membunuh adiknya Shabnam kerana berang dengan tindakan wanita itu mengahwini kekasih pilihan hatinya yang dianggap mencemarkan maruah keluarga.

Keputusan Shabnam itu bererti dia menolak lelaki pilihan keluarganya seterusnya menyebabkan mereka menanggung malu.

Bagaimanapun, Shabnam bernasib baik apabila peluru ditembak terkena pada loket emas dipakainya.

Menurut polis, lelaki terbabit menembak Shabnam pada jarak dekat selepas pulang menunaikan solat di masjid.

Doktor yang merawat Shabnam berkata, wanita itu tidak mungkin terselamat jika tidak kerana loket berkenaan.

Bagaimanapun, polis belum mengambil tindakan kerana menunggu Shabnam membuat laporan polis.

Wanita itu dilaporkan masih dirawat di hospital, tetapi kecederaan yanag dialaminya tidak serius. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 Julai 2016 @ 10:39 AM