Bernama-Xinhua

Yangon: Majlis Pentadbiran Myanmar pada Isnin memberi pengampunan kepada lebih 3,015 tahanan sempena Tahun Baharu Myanmar, lapor Xinhua.

Menurut arahan berasingan majlis itu, 98 tahanan asing dan lima warga Sri Lanka turut diberi pengampunan pada Tahun Baharu.

Keputusan itu dibuat sempena sambutan Tahun Baharu negara Asia Tenggara itu dan atas dasar keamanan dan kemanusiaan, selain hubungan antara negara masing-masing dan Myanmar, menurut majlis itu.

Myanmar sebelum ini mengampuni ribuan banduan sempena Hari Tahun Baharu, termasuk membebaskan 1,619 tahanan pada tahun lalu.

Pada 4 Januari tahun ini, negara itu turut mengampuni lebih 7,000 tahanan sempena Hari Kemerdekaan yang ke-75.

SEORANG lelaki memeluk ahli keluarganya selepas dibebaskan dari penjara di Yangon. FOTO AFP
SEORANG lelaki memeluk ahli keluarganya selepas dibebaskan dari penjara di Yangon. FOTO AFP

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 April 2023 @ 4:18 PM