MEI-wen membaik pulih naskhah al-Quran berusia 500 tahun. FOTO Focus Taiwan/Hsu Mei-wen
MEI-wen membaik pulih naskhah al-Quran berusia 500 tahun. FOTO Focus Taiwan/Hsu Mei-wen
BERNAMA

Taipei: Pemulihan al-Quran tulisan tangan berusia 500 tahun yang rosak teruk ditelan masa, berkemungkinan akan selesai pada akhir April, menurut Perpustakaan Negara Taiwan.

Hanya kulit buku dan penjilidan buku yang masih tinggal untuk dibaiki, kata Hsu Mei-wen, pakar dalam pemulihan teks kuno dan kaligrafi.

Semua kerja pemulihan al-Quran sepatutnya selesai pada akhir April, katanya kepada CNA.

Teks al-Quran, ditulis tangan oleh empat orang yang berbeza, menggunakan dakwat yang berbeza, dan disiapkan sekitar abad ke-15 atau ke-16, menurut Hsu.

AL-QURAN berusia 500 tahun dalam simpanan Perpustakaan Negara Taiwan. FOTO Focus Taiwan/Hsu Mei-wen
AL-QURAN berusia 500 tahun dalam simpanan Perpustakaan Negara Taiwan. FOTO Focus Taiwan/Hsu Mei-wen

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 April 2023 @ 8:35 PM