FAISAL Hu (kanan) dan pasukannya daripada Perpustakaan Negara Taiwan yang melengkapkan pemulihan al-Quran berusia 500 tahun menyerahkannya kepada Master Cheng Yen. FOTO Yayasan Amal Buddha Tzu Chi.
FAISAL Hu (kanan) dan pasukannya daripada Perpustakaan Negara Taiwan yang melengkapkan pemulihan al-Quran berusia 500 tahun menyerahkannya kepada Master Cheng Yen. FOTO Yayasan Amal Buddha Tzu Chi.
Bernama-CNA

Taipei: Pemulihan al-Quran tulisan tangan berusia 500 tahun di Taiwan selesai pada Ahad, menurut Yayasan Amal Buddha Tzu Chi.

Manuskrip setebal 500 muka surat yang lusuh akibat faktor peredaran masa diberikan kepada pengasas yayasan amal itu, Cheng Yen sebagai hadiah pada tahun 2020 oleh sukarelawan Muslim Tzu Chi, Faisal Hu dari Turkiye.

Bagaimanapun, Cheng Yen menemui kumbang rokok – sejenis pepijat yang biasa ditemukan dalam buku lama – pada manuskrip itu dan meminta bantuan Perpustakaan Negara Taiwan melalui Hu dan seorang lagi sukarelawan Wu Ying-mei, yang merupakan timbalan pengarah perpustakaan ketika kejadian, menurut perpustakaan berkenaan.

Menurut Agensi Berita Pusat (CNA), pemulihan manuskrip itu mengambil masa 35 bulan, termasuk jeda kira-kira satu setengah tahun akibat pandemik Covid-19, sebelum Hu, pengarah perpustakaan Tsao Tsui-ying dan pemulih dari 'Hospital Buku' perpustakaan menyerahkan al-Quran yang siap dipulihkan kepada Cheng Yen di Hualien pada Isnin.

Ia adalah kitab tertua dari Barat yang dipulihkan oleh perpustakaan, menurut Tsao yang berkata, kejayaan pemulihan teks agama mempunyai kepentingan sejarah dan merupakan pengiktirafan terhadap profesionalisme dan kepakaran pasukannya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Jun 2023 @ 11:15 AM