Gambar fail, petugas keselamatan berkawal di pintu masuk menghala pantai Kuta di Denpasar, Bali. FOTO AFP.
Gambar fail, petugas keselamatan berkawal di pintu masuk menghala pantai Kuta di Denpasar, Bali. FOTO AFP.
BERNAMA

Kuala Lumpur: Gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter dikesan berlaku di Selatan Bali, Indonesia pada 8.37 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan gempa itu berlaku pada jarak 61 kilometer (km) tenggara dari Denpasar, Indonesia dengan kedalaman 750km.

Bagaimanapun penilaian awal mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 April 2023 @ 9:34 AM