Orang awam menyaksikan Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un dalam temu bual dengan stesen televisyen di Korea Selatan. - FOTO AP
Orang awam menyaksikan Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un dalam temu bual dengan stesen televisyen di Korea Selatan. - FOTO AP
Bernama-Sputnik

Moscow: Korea Utara menguji dron Haeil yang mampu membawa senjata nuklear dari dasar laut dan melancarkan ujian kepala peledak di Laut Jepun, Sputnik memetik Agensi Berita Pusat Korea yang dikendalikan kerajaan ( KCNA) pada Jumaat.

Latihan itu dilaksanakan di luar pantai Daerah Riwon pada Selasa, mencapai titik sasaran di perairan Teluk Hongwon, menurut laporan itu.

Dron itu bergerak pada kedalaman 80 hingga 150 meter (dari 262 hingga 492 kaki) di Laut Jepun selama 59 jam dan 12 minit.

Senjata itu direka untuk mencipta 'tsunami radioaktif' untuk memusnahkan kapal tentera laut musuh.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Mac 2023 @ 4:55 PM