POLIS (kiri) menjalankan siasatan di lokasi kejadian Anuthida (kanan) ditembak bekas teman lelakinya. FOTO Agensi
POLIS (kiri) menjalankan siasatan di lokasi kejadian Anuthida (kanan) ditembak bekas teman lelakinya. FOTO Agensi
Agensi

Bangkok: Kerana cemburu, seorang lelaki di Thailand menembak bekas teman wanitanya di kepala, tangan dan kaki dalam kejadian di wilayah Nakhon Pathom, tengah Thailand.

Anuthida, 27, yang parah, dipercayai ditembak menggunakan pistol berkaliber .38 oleh suspek dikenali Somphrong, berusia 52 tahun

Lelaki itu berang kerana mangsa menolak hasratnya untuk menyambung semula hubungan mereka yang terputus dan wanita itu sudah mempunyai tempat lelaki baharu.

Polis daripada Balai Polis Kamphaeng Saen dimaklumkan kejadian berlaku di sebuah rumah di Sa Si Mum dan ketika pasukan itu tiba, bilik tidur dalam rumah itu penuh darah, manakala Anuthida sudah dibawa ke Hospital Kamphaeng.

Pawanrat, 23, yang juga saudara Anuthida memberitahu polis, kediaman itu dihuni lima orang dan suspek datang ke rumah mereka pada awal pagi tanpa diundang.

"Somphrong cuba mengambil hati Anuthida untuk kembali kepadanya. Mereka bertengkar dan Anuthida menyuruh Somphrong keluar tetapi lelaki itu enggan.

"Anuthida masuk ke bilik tidur untuk melarikan diri, namun Somphrong mengekori dan ketika itu terdengar bunyi tembakan beberapa kali," katanya.

Menurutnya, dia bergegas memasuki bilik itu sebelum menemui mangsa sudah terbaring berlumuran darah, manakala suspek melarikan diri dengan trak pikap menghala daerah Khamphaeng Saen.

Polis dilapor masih memburu suspek untuk siasatan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Mac 2023 @ 12:16 PM