GAMBAR hiasan. FOTO Agensi
GAMBAR hiasan. FOTO Agensi
Agensi

New Delhi: Sekumpulan lelaki yang menyamar sebagai pegawai Ketua Biro Siasatan Pusat (CBI) memecah masuk ke dalam rumah seorang ahli perniagaan dan merompak 30 lakh rupee (kira-kira RM160,322) dan barang kemas, lapor Polis Bhowanipore Kolkata.

India Times melaporkan, insiden itu berlaku kira-kira jam 8 pagi Isnin dan sekumpulan tujuh hingga lapan lelaki 'berlakon' sebagai penyiasat CBI menyerbu masuk ke rumah Suresh Wadhwa yang berusia 60 tahun di lorong Rupchand Mukherjee.

Kumpulan itu memulakan apa yang didakwa sebagai "serbuan," menurut aduan yang difailkan oleh Wadhwa di balai polis Bhowanipore.

"Lelaki itu tiba dengan tiga kenderaan yang ditampal dengan pelekat polis. Saya membuka pintu, dan mereka menyerbu masuk, sambil memaklumkan mereka adalah pegawai CBI.

"Saya meminta mereka untuk menunjukkan kad pengenalan, tetapi mereka tidak mengendahkannya," kata Wadhwa.

Ahli perniagaan itu melaporkan kumpulan lelaki itu yabg mengambil wang tunai berjumah 30 lakh rupee dan barang kemas bernilai beberapa lakh rupee, berjanji untuk memberikannya 'senarai rampasan', kemudian.

"Senarai itu disediakan di kediaman saya tetapi memberitahu akan menghantarnya kemudian. Mereka juga memberitahu saya akan dipanggil ke pejabat mereka kelak," katanya.

Polis Kolkata menjalankan siasatan selepas ahli perniagaan itu membuat aduan.

"Sleuths dari jabatan detektif Polis Kolkata dan rakannya dari Balai Polis Bhowanipore sudah menjalankan siasatan kes itu," kata seorang pegawai kanan polis.

Siasatan awal mendapati lelaki tinggi dan berbadan sasa itu membawa kayu ketika 'operasi' di kediaman Wadhwa.

Menurut pegawai itu, penyiasat sedang meneliti kemungkinan ahli keluarga Wadhwa terbabit dalam jenayah itu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Disember 2022 @ 1:11 PM