TANGKAP layar daripada video dikongsi di media sosial, menunjukkan banjir di kawasan utara Filipina.
TANGKAP layar daripada video dikongsi di media sosial, menunjukkan banjir di kawasan utara Filipina.
Reuters

Manila: Ribut tropika melanda utara Filipina, semalam bertukar taufan dan membawa bersama hujan yang menenggelamkan kampung serta kawasan pertanian, menurut biro cuaca negara itu.

Agensi pemantauan bencana memaklumkan hampir ribuan penduduk terpaksa berpindah ke penempatan lebih selamat.

Video dikongsi penduduk bandar Claveria di wilayah Cagayan, kira-kira 600 kilometer dari Manila menunjukkan kediaman tenggelam dan pokok ditiup angin kencang.

Taufan Nesat dengan angin berkelajuan 120km sejam mungkin akan bertambah kuat ketika bergerak ke arah Laut China Selatan.

Presiden Ferdinand Marcos Jr berkata kerajaan dalam usaha menghantar bantuan kepada mangsa yang terjejas.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Oktober 2022 @ 10:04 AM