Tang Lu dihukum mati pada awal pagi Sabtu. FOTO China Central Television.
Tang Lu dihukum mati pada awal pagi Sabtu. FOTO China Central Television.
Agensi

Beijing: Seorang lelaki China yang membakar bekas isterinya ketika wanita itu melakukan penstriman langsung, menerima pembalasan sewajarnya apabila dihukum mati.

Mahkamah Pertengahan Rakyat Daerah Autonomi Ngawa dan Wilayah Autonomi Qiang dalam kenyataan ringkas memaklumkan hukuman terhadap Tang Lu berlangsung semalam.

Pada Januari mahkamah menolak rayuan Tang terhadap keputusan itu.

Tang Lu didakwa membakar bekas isterinya yang dikenali dalam platform Douyin sebagai Lamu, 30, pada September 2020.

Wanita itu parah dan meninggal dunia beberapa minggu selepas menerima rawatan.

Kejadian itu membangkitkan kemarahan ramai, malah keluarga Lamu dilapor memberitahu Paper, media rasmi di Shanghai bahawa mendiang sudah bertahun menderita sebagai mangsa keganasan rumah tangga sebelum nekad bercerai dengan Tang.

Polis menahan Tang beberapa hari selepas serangan itu tersebar di media sosial dan menerima kecaman meluas masyarakat terhadap nasib wanita dalam perkahwinan toksik.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Julai 2022 @ 7:01 AM