PEKERJA menghantar silinder oksigen ke sebuah klinik di Shanghai. FOTO Reuters
PEKERJA menghantar silinder oksigen ke sebuah klinik di Shanghai. FOTO Reuters
AFP

Beijing: Jutaan penduduk menjalani sekatan pergerakan (lockdown) di China, hari ini, dengan aktiviti perniagaan di bandar pelancongan dipaksa menghentikan operasi selepas kluster baharu mencetuskan kembali kebimbangan berlakunya sekatan menyeluruh.

Pihak berkuasa kesihatan merekodkan 300 kes jangkitan dengan kluster di kawasan utara Xi'an selain bandar utama Shanghai.

Kes baharu dan respons rasmi meningkatkan kebimbangan China mungkin akan menjalani sekatan semula seperti awal tahun ini.

Sekatan ketat itu menyebabkan pergerakan jutaan penduduk disekat selama berminggu.

Di Shanghai, beberapa penduduk berkongsi di media sosial mereka menerima catuan makanan daripada kerajaan sambil mengimbas kembali pengalaman dikurung selama sebulan pada musim bunga.

"Ini adalah kisah yang menakutkan kerana daerah Putuo sudah menghantar sayuran," kata penduduk menerusi aplikasi WeChat.

"Saya sangat bimbang endemik ini sudah merosakkan zaman remaja. Saya hampir gila," kata netizen menerusi aplikasi Weibo.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Julai 2022 @ 3:04 PM